Sunday, 17 April 2011

TANDA-TANDA KEMATIAN UTK ORG ISLAM

Secara umum pembicaraan mengenai kematian bukan sesuatu yang menyenangkan. Bahkan naluri manusia cenderung ingin hidup seribu tahun. Al-Quran melukiskan keinginan sekelompok manusia untuk hidup selama mungkin dengan firman Allah yang bermaksud:
 
“Dan sesungguhnya kamu akan mendapati mereka seloba-loba manusia kepada kehidupan (di dunia), bahkan (lebih loba lagi) daripada orang- orang musyrik. Masing-masing ingin agar diberi umur seribu tahun, padahal umur panjang itu sekali-kali tidak akan menjauhkannya daripada seksa. Dan Allah mengetahui apa yang mereka kerjakan.”
(Surah Al Baqarah: Ayat 96).

Banyak faktor menyebabkan orang takut kepada kematian. Ada orang takut mati kerana tidak mengetahui apa yang dihadapinya selepas kematian. Mungkin juga kerana mereka berasa apa yang dimiliki sekarang lebih baik daripada yang akan dihadapi nanti. Ada juga kerana membayangkan betapa sulit dan pedihnya pengalaman mati dan sesudah mati. Mungkin juga kerana khuatir memikirkan atau prihatin terhadap keluarga yang ditinggalkan atau kerana tidak mengetahui makna hidup dan mati hingga mereka berasa cemas menghadapi kematian. Dari sini lahirlah pandangan optimis dan pesimis terhadap kematian dan kehidupan.

Melalui pengalamannya, manusia tidak mampu mengetahui hakikat kematian kerana ia satu daripada persoalan ghaib paling besar.

Al-Quran menilai kematian sebagai musibah malapetaka. Istilah itu lebih banyak ditujukan kepada manusia yang durhaka. Kematian adalah musibah bagi orang yang mati tanpa membawa bekalan yang cukup untuk kehidupan akhirat.

Kematian juga dikemukakan al-Quran dalam konteks menghuraikan nikmat Allah kepada manusia. Dalam surah Al Baqarah ayat 28 Allah bertanya kepada orang kafir:

“Bagaimana kamu mengingkari (Allah) sedangkan kamu tadinya mati kemudian dihidupkan (oleh-Nya) kemudian kamu dimatikan dan dihidupkan-Nya kembali, kemudian kamu dikembalikan kepada-Nya.”
(Surah Al Baqarah: Ayat 28).


Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulama' adalah benar dan wujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulullah SAW sendiri diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali Rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya.

Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.  Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah SWT, nyawa mereka ini akan terus direntap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT, Penguasa sekalian alam..

adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan:

TANDA 100 HARI SEBELUM MATI
ini adalah tanda pertama dari allah swt kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. walaubagaimanapun semua orang islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu asar. seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti  kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI SEBELUM MATI
tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu asar. bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas arash allah swt. maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI SEBELUM MATI
adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI SEBELUM MATI
pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI SEBELUM MATI
akan berlaku sesudah waktu asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu asar keesokan harinya.

 TANDA AKHIR
akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada allah swt yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Kematian adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan oleh manusia. Apa pun cara yang dilakukan, kematian akan tetap menghampirinya. Sekukuh manapun sebuah bangunan, kalau sudah sampai waktunya, ia pasti runtuh juga.

Tidak ada cara untuk menghadapinya, selain kepasrahan. Itulah ketentuan yang sudah ditetapkan untuk setiap manusia. Lalu berhentilah berlari dari kematian. Di mana-mana pun kita bersembunyi atau sejauh manapun kita lari, kalau sudah tiba masanya, malaikat maut pasti berjumpa denganmu. kematian pasti menjemput. Hanya ada satu kunci menghadapi kematian. Pasrah menyambut kedatangannya.

Kematian tidak hanya dialami oleh manusia. Binatang dan tumbuh-tumbuhan juga akan merasakan mati, sebagaimana mereka merasakan hidup. Lebih dari itu, makhluk yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia, juga merasai kematian. Itulah jin, iblis, mahupun makhluk setaat malaikat. Semuanya akan mati.

Sebagaimana firman Allah SWT,
''Setiap yang bernyawa akan merasakan mati, kecuali yang mempunyai kemampuan menghidupkan dan mematikan. Dia akan tetap hidup dan selalu hidup, Dialah Allah, Tuhan seluruh alam.''

Menyikapi kenyataan ini, seharusnya manusia mempunyai kesadaran dirinya tidak mempunyai kekuasaan apa pun menghadapi ketentuan Ilahi. Dia hanya makhluk yang lemah, yang harus pasrah dengan kehendak Yang Maha Esa. 

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Yang Maha Pencipta semoga kita adalah di antara orang-orang yang dipilih, yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT Yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Yang Maha Mengampun serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan-Nya, di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

No comments:

Post a Comment