Wednesday, 29 August 2012

Gemilang...Pengorbanan Cikgu untuk Anak-anak Didiknya

Alhamdulillah...tahun ni pun saya dapat balik beraya dengan mama,babah dan adik beradik di kampung. dan yang bestnya semua dapat balik. kebetulan, Mama dan Babah tahun ni beraya di ampang, bila anyah sewa rumah lain, nak bawak Mama dan Babah tinggal sekali dengan dia katanya. sekurang2nya, dia dapat tengok2kan mereka sementara menanti saya balik. kiranya tahun ni saya balik kampung jugak la....kampung lahir saya.

Biasanya, bila balik kampung, saya duk melepak je ngan Mama dan Babah. dah dekat setahun tak balik, rindu pada mereka. lagipun memang saya nak balik sebab nak tengok Mama dan Babah, bukan nak berjalan ke lain atau tengok orang lain... diaorang pun tentu nak tengok saya. lagi pun, Rasulullah SAW ada sebut, dapat pahala jika memandang wajah orang tua kita;

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah".
(Riwayat Abu Daud).


Semasa sebulan di rumah, saya berkesempatan menonton satu drama di TV3. Drama tu disiarkan malam lepas nightline. sebenarnya saya dah memang tak tengok siaran di tv3. banyak yang merapu dari yang berilmu. tapi drama2 yang baik masih ada di tv3 dan kerana waktu tu bulan puasa, siaran tv jadi best sikit. dan disebabkan baru pindah rumah, hanya ade 4 siaran je yang dapat (saya selalu tengok tv9), malam tu lepas main bola, saya tertekan tv3, keluarlah pelakon Tiz Zaqyah (siapa tak kenal ngan heroin Nurkasih ni.... tapi saya tak tengok pun Nurkasih ni...ada dulu kwan suggest suruh tengok...saya tengok takat episode 2 je...lepas tu dengar orang cerita...kisah cintanya berat sangat...)menepuk meja anak muridnya tengah tidur dalam kelas dengan pembaris lama yang kuning dan keras. Pembaris macam tu jugaklah yang pernah melekat kat belakang saya ni pasal tak siap homework masa sekolah dulu...hehehe... Sekarang ni mana nak dapat lagi pembaris kuning tu, yang ade cuma pembaris coklat yang low quality dan cepat patah bila pukul kat meja....(senyum sorang). 

Spontan senyuman terukir di bibir saya bila tengok aksi Kahar, anak murid Cikgu Asma terkejut dari tidurnya. kemudian melihat senyum nakal anak muridnya yang lain, ada yang macam dengar tak dengar, ade yang buat2 sibuk, macam2 perangai. bukan apa....teringat kisah lama masa mengajar dulu....Saya pun banyak kali jugak marah budak2 dalam kelas...tau2 je la perangai budak2 ni...kalau tak sabar...eeee...semoga mereka faham apa yang saya buat bukan kerana benci, tapi sebab kasih yang subur dalam hati.....

Jadi niat saya tuk padamkan tv terhenti sekejap. Saya tunggu lagi adegan seterusnya bila saya perasan yang cikgu Asma pakai baju orang zaman dulu. pegang pembaris dulu2. murid2 dia pulak pakai uniform warna putih dari baju hinggalah ke seluar. murid perempuannya pakai skirt, tak pakai baju kurung.....macam sekolah swasta dulu2. tingkap sekolah dan warna keadaan dalam drama tu pun agak berbeza sikit. jadi saya rasa cerita ni mungkin cerita baru bertemakan zaman dulu2. saya tunggu lagi. nak tau cerita apa yang nampak macam orang zaman dulu-dulu ni.

Saya sebenarnya lebih suka tengok cerita dulu2. menghayati kehidupan orang zaman dulu yang lebih baik, sopan dan penuh lemah lembut dari hari ini. lelaki mahupun wanita, percaya dan tabah memikul watak dan tanggungjawab masing2 tanpa sebarang kesal dan bantahan. mereka tahu menilai mana yang lebih baik dan teguh dalam janji atau ikrar. zaman dulu, marah mereka masih bersopan, dengan orang tua, masih penuh hormat. kalau bercinta, masih takut pada dosa, ingat dan segan pada mata sekeliling yang memandang. kalau berkasih, hati orang tua dan restu ibubapa yang diutama. kalau kurang ajar pun, masih berlapik, berkira2 dan berdetik rasa kesal. indah betul kehidupan zaman dulu2.

Baru saya tau tajuk dia 'Gemilang' pasal bila eklan, dia ade tunjuk tajuk. Cerita malam tu pasal Cikgu Asma marah kat Chee Kiong sebab baju dia kotor, tu pun pasal dakwat tertumpah kat baju dia pasal terkejut Cekgu Asma ketuk meja dengan pembaris. Jenuh la budak tu lap baju dia. Adegan seterusnya keluar lagi 3 orang cekgu, Cekgu Umar, Cekgu Saif dan Cekgu Ruhana. Chee Kiong ni terpaksa ganti tempat abah dia kerja sebab abah dia sakit. Jadi Cekgu Asma yang rasa bersalah ni gi la rumah dia nak tahu keadaan sebenar, bila tengok Chee Kiong tak datang sekolah. dari cara sosial cekgu2, keadaan dan pakaian depa, sah la memang cerita lama.

Episod malam tu buat saya terus melekat di kaca tv tuk malam esoknya tapi, cerita tu dah tak ade. Minggu depan agaknya, fikir saya. Jadi minggu depan, waktu yang sama, saya tunggu lagi. Betul la, memang ada. Episod ke5 pulak. lebih menarik bila Cekgu Asma bawak kereta Cekgu Saif hantar Chee Kiong pergi sekolah. sampai di sana, Cekgu Umar tegur Cekgu Asma yang dia tak tau pun Cekgu Asma ade lesen kereta. Cekgu Asma senyum meleret dan tunjuk isyarat senyap pada Cekgu Umar. yela, bukan senang wanita zaman dulu nak bawak kereta. Sebab tak tengok dari mula, saya teringin nak tau apa sebenar ceritanya dan siapa yang arahkan. Jadi saya cari sikit dalam internet kalau2 ada informasi mengenainya.


Drama Gemilang TV3
Rupanya Gemilang ni drama tahun lepas. hanya saya je belum tengok lagi...orang dah lama tau. dah basi dah pun cerita tu....saya ni kira dah ketinggalan setahun dari anda. haha.... kalau di rumah sewa ni saya jarang nak tau perkembangan drama dan filem malaysia. Bukan tak tengok, tapi semua ceritanya berwatakkan cinta. sebab tu saya pilih2 mana yang menepati citarasa saya. pelakonnya hensem atau lawa tak penting. yang penting pandai bawak watak dan beri banyak pengajaran pada saya. kita semua memang tau cinta tu penting, tapi banyak lagi cerita yang boleh bagi pengajaran. selit sikit2 kisah cinta tu dah la. macam watak utama cerita ni, Cekgu Saif....kalau tidak kerana cerita gemilang ni, saya tak mungkin kenal pelakon ni (nama ape ntah nak sebut pun susah). mujur wataknya berkesan. tak lupa jugak pada watak Cekgu Talib oleh Jalaluddin Hasan dan watak Cekgu Saif semasa kecil. Ada ramai pelakon yang berbakat besar di Malaysia. Tak kira la melayu ke, cina ke, india ke. Tapi, semua ceritanya kisah cinta...muak jugak tengok...namun, saya tak nafikan, ada jugak cerita2 yang bawa keinsafan bila tengok. nak2 pulak pelakonnya hebat....mengalir airmata bila kisahnya sedih....touching la orang puteh kata.

Saya tak kata cerita Gemilang yang baru saya tengok ni (dah la mulanya pun saya tak tengok, akhirnya pun tak sempat, dengar dari cerita Anyah je) adalah cerita terbaek yang wajib ditonton oleh semua orang. siapalah saya tuk menilai sesebuah drama atau filem sebab saya bukan orang seni. kebanyakkan orang biasa yang bukan pengajar mesti kata cerita ni biasa je...tak de apa2 pun yang bagus selain beri pengajaran tuk murid dan guru. ada jugak kata tak best pasal cerita cinta dia sikit sangat. mungkin ada jugak murid2 yang tengok kata menyampah, pasal mana ade guru nak berkorban tuk muridnya sampai macam gitu. tapi....ini cerita dulu2, zaman di mana guru ni dianggap sangat mulia dan paling bagus dalam sesebuah kampung. tak macam sekarang....kata2 guru dianggap kata2 sambil lewa dan ramai yang berfikiran bahawa guru2 hanya mengajar untuk mendapat gaji. apa yang berlaku dalam dunia zaman sekarang dan asakan media cetak mahupun eletronik membuatkan murid2 dan jugak ibubapa tidak dapat lagi merasai keikhlasan sebenar kebanyakkan guru yang terpacak setiap pagi di depan bilik darjah untuk mencurah ilmu dan kasih sayang. guru2 pulak, sibuk dengan masalah dan kehidupan sendiri, sehingga terbawa ke dalam kelas, sampai sanggup menggadai hati dan perasaan anak2 didik mereka.. namun saya redha, dunia sedang berubah....manusia berubah mengikut zaman. komputer dan kemudahan elektronik pula semakin ganas menular dan mengusai setiap inci kehidupan. dan manusia bernama guru ini sudah bagai tiada apa2 fungsi di mata anak2 didiknya.

saya ulangi kata2 saya tadi, saya bukanlah orangnya untuk menilai sesebuah karya seni. tapi jika cerita tu digarap dengan baik, dijaga kemas setiap inci sudut yang bakal masuk dlm kaca tv kita, diperhati setiap gerak dan logik cerita, diarahkan dengan berkesan, diambil dari sudut yang lain dari yang lain, dipilih barisan pelakon yang baik menerajui watak, orang yang buta seni jugak akan dapat melihat kekuatan dan keberkesanan cerita tu. pada saya, cerita Gemilang banyak mengajar saya dan memberi kesan juga inspirasi kerana saya juga pernah jadi guru dan akan terus menjadi guru bila tamat pengajian nanti. walaupun ceritanya lebih terarah kepada cinta terhalang antara Cekgu Saif dan Cekgu Asma, pengarah Kabir Bhatiar bijak menyembunyikannya dan menyelit kisah cinta mereka dalam kesibukan dan kesusahan hidup anak2 murid Gemilang juga dalam situasi Cekgu Saif dan kawan2nya berusaha untuk membantu anak2 muda di kampung itu. kepayahan dan rintangan, dengan kelengkapan sederhana dan yuran yang selalu tidak cukup, mengingatkan saya kisah semasa saya berkhidmat dulu, lalu memberi inspirasi untuk pulang mengajar nanti. macam saya katakan tadi, bila sesuatu kehidupan terselit kisah cinta, barulah hidup satu drama tu.... 

pada saya, cerita yang baik datang dari jalan cerita, arahan dan lakonan yang dibawa. bila pelakon2nya, baik utama atau tidak, pandai bawak watak sendiri, hidup la watak tu dan akan best la cerita tu.... apa yang lebih menarik hati saya ialah bila lihat kehidupan zaman itu yang penuh adat sopan, kasih sayang, pengorbanan, dan keteguhan janji. benda2 macam ni bukan senang dah nak dapat sekarang. walaupun watak cekgu Ruhana dan Cekgu Umar agak moden dan sosial, namun kebanyakkan watak dalam cerita itu masih kuat memegang adat dan kesopanan budaya kita zaman itu. itu yang terbaik saya lihat dalam cerita ini. kerana cinta dan kasih sayang, manusia rela buat apa saja. kasih sayang cekgu2 di Institut Gemilang, sanggup buat apa saja untuk pastikan pelajar2 tercicir ni dapat belajar dan ambik periksa. ramai yang buat pengorbanan dalam cerita ni... tapi memang itulah yang selalunya orang dulu2 buat untuk mengekalkan kasih sayang mereka. apalah erti kasih sayang kalau tak ada pengorbanan. dan dari pengorbananlah kita dapat menilai sehebat mana kasih sayang itu. pada saya cerita ni bukan sekadar hiburan, samalah macam saya tengok drama2 seperti, 100 hari sebelum kematian, keranamu ibu, dan banyak lagi cerita berunsur pengajaran. 


Saya tak pandai buat cerita, tapi saya harap pengarah di malaysia ni mampu buat cerita yang akhirnya banyak mengingatkan kita pasal erti sebenar kehidupan dan siapa kita dalam dunia ini, selain dari hanya kisah2 cinta yang sama saja pengakhirannya.

http://www.youtube.com/watch?v=7AQU0GwgryA


Sekian.