Monday, 13 June 2011

Fatihah dan rahsia 7 nombor...



Setiap muslim sekurang-kurangnya akan membaca surah al-Fatihah sebanyak 17 kali setiap hari. Itu adalah jumlah yang paling minimum. Pengulangan sebanyak 17 kali setiap hari adalah satu kadar pengulangan yang besar namun adakah kita sedari bahawa surah al-Fatihah hanya menggunakan 21 huruf daripada 28 huruf hijaiyyah(huruf-huruf bahasa arab).

Dalam kata lain, sebanyak 7 huruf tiada dalam surah al-Fatihah iaitu huruf Jim, kha', Zai, Syin, Zho' dan Fa'. Sekiranya kita hanya sekadar membaca seperti melepaskan batuk ditangga sudah tentu kita tidak akan menyedari hal ini.Al Imam Syed Mahmud al Alusi rahimahullah menjelaskan di dalam Tafsir Ruh al Ma'ani bahawa 7 huruf hijaiyyah yang tidak digunakan di dalam al-Fatihah adalah menunjukkan kepada kesempurnaan makna al-Fatihah tersebut.

Al Imam al Alusi juga menyatakan bahawa 7 huruf yang digugurkan itu menunjukkan kepada jumlah bilangan ayat dalam surah al-Fatihah iaitu sebanyak 7 ayats ebagaimana yang disepakati oleh para ulama'. Ulama' membahagikan huruf-huruf hijaiyyah kepada 2 jenis huruf iaitu Huruf Nuraniyyah(gemerlapan/kilauan) dan Huruf Zulmaniyyah(kegelapan/kesuraman). Huruf Nuraniyyah sebanyak 14 huruf iaitu Sod, Ra', Alif, Tho', 'Ain, Lam, Ya', Ha'(baca nipis), Qaf, Nun, Mim, Sin, Kaf dan Ha'. Manakala baki 14 huruf lagi merupakan huruf-huruf Zulmaniyyah.Jika diperhatikan secara lebih mendalam, huruf-huruf ini diklasifikasikan pula kepada 3 bahagian iaitu :
a) 14 huruf Nuraniyyah semuanya terdapat di dalam al-Fatihah
b) 7 huruf daripada 14 huruf Zulmaniyyah terdapat dalam al-Fatihah
c) 7 huruf Zulmaniyyah lagi tidak terdapat dalam al-Fatihah.

Al Imam al-Alusi menerangkan tentang 3 pembahagian ini adalah menunjukkan kepada 3 golongan manusia iaitu golongan orang-orang mukmin yang benar-benar beriman dan beramal, golongan orang-orang yang berada antara iman dan maksiat dan golongan orang-orang menzalimi diri mereka sendiri(kafir).

Maksud fiman Allah:
"Maka ada diantara mereka yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri(dengan tidak mengendahkan ajaran al-Quran), dan ada yang bersikap sederhana, dan ada diantaranya pula yang mendahului(orang lain) dalam membuat kebajikan dengan izin Allah"
Surah Faatir : ayat 32

*Artikel asal :
http://asshafiee.blogspot.com/2009/09/7-huruf-hijaiyyah-tiada-dalam-surah-al.html
http://hotpowers.blogspot.com/2009/09/7-huruf-tiada-dalam-al-fatihah.html

Saturday, 11 June 2011

Kelebihan Bismillah

MUKJIZAT DI SEBALIK BISMILLAH
BISMILLAH adalah sebutan atau nama singkat dari lafaz
“BISMILLAA HIR ROHMAA NIR ROHIIM” yang bermaksud
“Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang.”
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah
BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah
BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap
wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
2. “BISMILLAH untukmu dan umahmu,
suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH.
Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak
BISMILLAH diturunkan kepada Adam.” (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka
semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut
bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar
semua syaitan.
4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah
BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi
ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas
sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan
mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan
sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf
dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL
Muddatsir:30) .Ibnu Mas’ud
berkata: “Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19
malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap
hari.”
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH
(penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, “Siapa
yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah
kehebatannya. ”
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan
BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga
yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang
tuanya.
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka
akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21
kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari
gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan
bala.
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50
kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk
ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan
kehebatan kepada si pembaca.

SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya

AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan nur menurut bilangan rambut dibadannya.

Jika si pembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah miskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.