Tuesday, 1 November 2011

Ya Allah...Cukupkanlah Rezeki Untukku.....

Dari Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhu, beliau mengatakan,
“Nabi SAW mengajar aku sebuah doa. Seandainya aku memiliki hutang (emas) sebesar Gunung Tsabir, Allah pasti akan memudahkanku untuk membayarnya.”
lalu, beliau membaca doa di ini:
اللهم اكفني بحلالك عن حرامك وأغنني بفضلك عمن سواك

(Allahummak fini bihalalika ‘an haramik, waaghnini bifadhlika ‘amman siwak).

Artinya, “Ya Allah, berilah aku kecukupan dengan rezeki yang halal, sehingga aku tidak memerlukan yang haram, dan berilah aku kekayaan dengan karuniamu, sehingga aku tidak memerlukan bantuan orang lain, selain diri-Mu.”

(HR. Turmudzi; dinilai sahih oleh Al-Albani)

Ya Allah, berilah aku rezeki yang Engkau redhai...janganlah aku dilimpahkan dengan rezeki yang datang dari jalan yang Engkau murkai....

Sunday, 7 August 2011

6 perkara yang disembunyikan Allah

terbaca di fb...sesiapa yang singgah, sila la baca sebagai menambah ilmu...

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. Dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya
Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Monday, 18 July 2011

Allah menarik insan beriman seorang demi seorang; tanda dunia telah sampai ke akhir zamannya.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Al-Marhumah Dr. Lo' Lo bt. Hj. Ghazali.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran..."
- Riwayat Ahmad 

Antara tanda-tanda kecil tentang tibanya kiamat adalah apabila Allah mematikan para solihin dan ahli2 agama. 

Kematian juga dalam ajaran Islam berupa kiamat kecil yang akan dirasai oleh setiap manusia, sama ada dia beriman kepada Allah atau manganut agama lain selain Islam. semua manusia akan menemui ajalnya, cuma masanya sahaja yang menjadi persoalan.

“Setiap manusia akan merasai mati...” (surah al-Anbiya': 35)

Al-marhumah Dr Lo' Lo Bt Hj Ghazali meninggal dunia pada jam 10.13 malam 17 Julai di Hospital Selayang Hospital di Kuala Lumpur. Allahyarhamah berusia 54 tahun. Ahli parlimen Titiwangsa itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang akibat penyakit barah.

Dr Lo' Lo' adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.
Beliau sangat aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008, banyak menumpukan perhatiannya kepada parlimen Tititwangsa, yang dimenanginya, dengan menewaskan calon BN, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi.
Bagaimanapun, pilihan raya kecil tidak akan diadakan kerana tempoh parlimen sudah melepasi tiga tahun.Kerusi Titiwangsa hanya akan diisi apabila pilihan raya umum diadakan.
 
Jenazah Dr. Lo'lo' akan disembahyangkan pada jam 10.30 pagi di Masjid Al-Akram, Kg. Dato' Keramat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Dato' Keramat.

BIODATA YB. DR. LO’ LO’ DATO HJ. MOHD GHAZALI.
  • Tarikh Lahir: 2 Ogos 1957
  • Tempat Lahir/ Asal: Kuala Kangsar, Perak
  • Pekerjaan: Ahli Parlimen Malaysia ( P119: TITIWANGSA )
LATAR BELAKANG AKADEMIK :
  • Sekolah Kebangsaan Jalan Conolly, Ipoh
  • Sekolah Raja Perempuan Taayah , Ipoh
  • Kolej Islam Klang
  • Universiti Kebangsaan Malaysia – Ijazah Pertama ( Kedoktoran)
  • Adelaide Alternative medicine & Surgery – Acupunturist
KEGIATAN DALAM PAS :
  • AJK Dewan Muslimat PAS Pusat
  • Ketua Dewan Muslimat Titiwangsa
  • Ketua Pengarah Al-Nisa’
  • Ajk Kerja Pas Pusat
  • Mewakili parti sebagai Exco Asian Federation Of Muslim Youth.
 
Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.