Thursday, 28 April 2011

Aku Hanyalah Sebutir Pasir.....

    Hari ini, secara tak rasminya teman bercuti. walaupun budak2 lain sibuk2 bersiap untuk ke kelas pagi tadi...teman pulak sebok mencari bante dan selimut, nak masuk tido lepeh mengrojekan tanggungjawab pada Allah, Tuhan Sekalian Alam dan bertahan mata sampe pukul 9 (tak elok tido lepah Subuh). Alhamdulillah, semester ni teman dapat bercuti setiap hari Rabu. Maknanya ase Rabu je cuti....ase Rabu je cuti.....ase cuti je Rabu le...

Lepas makan tengah hari tadi teman nelepon ayahande bonde nun jauh di seberang lautan...petu teman berniat nak bukak la buku sikit, nak baca mana yang patut. tapi niat teman tu terbate pase teman tiba2 singgah ke satu laman web yang berjaya mencuri masa dan tumpuan teman. sempat jugak le juga teman baca dengan penuh teliti segala isi kandungannya yang membuatkan otak teman berpusin ligat rope gasin, jantung teman duk dappp....duk dappp....berdetak kencang rope baru balik berjogin, dan hati teman terus berdoa, bio selalu dalam landasan Allah yang beno. teman tau, dalam dunia yang penuh pancarobe ni ada banyak perkara yang bakal membawa teman ke arah kesesatan. jadi maklumat dalam laman tu teman rase bagus kalau dikongsi bersama. teman galakkan mike semua yang singgah di halaman teman ni, luangkanlah sedikit masa melawat laman web di bawah supaya mike juga dapat sedikit maklumat tentang apa yang bakal berlaku di akhir zaman yang dah semakin hampir ni.

Misi Gereja Vatican Menghidupkan Sistem RIBA

Kadang2, ada sesuatu di dalam dunia ini yang tak dapat nak ditafsir dengan ake pengetahuan kita yang cetek ni. ade perkara yang kita rasa bertentangan dangan apa yang kita hajatkan atau begitu asing dalam susur galur sejarah dan adat resam kita membuatkan kita menolak sesuatu itu walaupun kita dah tau yang ianya benar. kita cuba menidakkan kebenaran sebab ia bercanggah dengan apa yang kita pertahankan selama ini. hmm...bercanggah dengan apa yang nafsu kita hajatkan. pada link di atas, sama ada mike nak percaya atau tidak, itu terpulang pada kebijaksanaan akal tumpuan mike sekalian, untuk menilainya dengan iman atau dengan nafsu.

Berbalik pada cerita teman tadi, lepas aje habis membaca laman link di atas, teman kelik tetikus teman ni beberepa kali...menerewang menyusur jejaring maklumat maya yang luas, singgah di beberapa laman yang menarik tumpuan teman. sehinggalah teman sampai ke satu laman ini di mana teman kelas sekali gambarnya. sekali pandang aje gambar profilenya, terus teman kenei....
di atasnya tertulis tajuk yang beso, yang sedikit sebanyak membuatkan kembang dua lubang di bawah batang hidung teman. seperti yang semua dapat baca, tajuknya tertulih 'Blog Rasmi S______ K_________ C_______ beserta kodnye sekali.

Ye le beno.... laman tu laman web sekolah tempat teman berkhidmat. sebelum teman sampe ke negeri matahari terbit ni, kat sekolah itu le teman berhempeh puleh, bukan aje mengajo, tapi nak berusaha juge mendidik anak2. walaupun bukan anak sendiri, anak murid pun anak jugek....anak teman jugek....

Teman bukan le nak mengabokan yang teman ni pande bebeno mengajo. hebat beno sampe tak ingat nak balik rumah....nak mengajo je...teman sedo teman pun ade kelemahan diri dan ada bende yang teman tak tau dan bersedia belajo darinya. memang itu le pesanan cekgu teman mase tengah duduk maktab dulu. kata die 'jangan le kita malu bertanya bila ada benda yang kita tak tau, walaupun bertanya pada murid kita sendiri. bertanya tak pernah menjatuhkan maruah kita.' , teman pegang kata2 cekgu teman tu sampe hari ni.

Groje cekgu ni memang dari dulu lagi orang ingat senang je. pase itu sekarang ni orang dan mungkin mike sendiri tak rasa cekgu2 ni mulia. 

Bile je nampak laman tu terus le teman masuk...menengok2. kemudian teman pergi le nak nengok senarai stafnye...lepas kelik tu terpapar le nama2 ahli2 yang mengajo di sana....teman pun guna la tetikus skrol ke bawah, niatnye mencari nama teman le pasal teman ni kiranya masih menjadi guru di sekolah tu. cari punye cari tak jugak la bejumpe nama teman. hati yang tadi kembang sambil menguntum senyum tiba2 rasa sedih...

Bukan le teman nak bangga kalo nama teman ada  kat senarai tu. tapi sekurang2nya teman tau la, walaupun teman tak de kat sekolah, depa masih anggap teman ni sebahagian dari staf sekolah. tapi bila teman nengok nama teman tak ade pada senarai tu, tau la teman siapa teman di pada sekolah tempat teman mengajo sendiri. sekolah kampung teman. kecil beno teman di mata pandang staf sekolah teman sendiri....di atas tanah kampung laman teman sendiri. memang pun, apalah sangat kehadiran cekgu baru dari rantau orang yang pulang ke kampung sendiri untuk berkhidmat ni. baru setahun mengajor dah sibuk2 nak balajo balik. lepeh tu nama ada di sekolah tapi tak berkhidmat. cuti belajar. memang tak mungkin ade yang sedo akan kehadiran teman yang kerdil ini (walaupun badan teman beso).

Bila terasa diri kita ni bukan sape2 di mata org kampung kita sendiri, tiba2 teman teringat kenangan mase taman di rantau orang.....jauh nun di sebelah timur negara. memang masa memula datang dulu, teman ni depa nengok ropa alien turun bumi. ye la, orang luor, asing beno la depa rasa teman ni pada sekalian yang ada di kampung sana. tapi bila dah selalu nengok teman kat tepi padang bola sekolah tepi jalan tu, bila selalu nampak teman menyeret 2, 3 budak2 kampung pegi  pasar malam kecik dekat selekoh sebelum sampe kampung tu, makcik2 pakcik2 kat sana dah rasa teman ni sebahagian masyarakat depe. dah tak rase teman ni orang luar lagi....sebab teman duduk pun kat kawasan sekolah (sekarang rumah tu dah roboh pase depa dah buat bangunan baru), kalo ade je masalah yang depa rase susah sikit nak atasi, kadang2 depa cari teman. kalo musim buah pulak, merase la jugak teman buah2 kampung dari kebun depa.

Kat sekolah pulak dah cekgu2 dah rope adik beradik. memang le kenkadang ada juge perange yang lain macam, sampe susah teman nak menilai, tapi kebanyakkannya menerima teman seadanya. ye le, depa paham le cemane susahnya orang meranto ni. kebetulan selama 6 taun ngajo di sekolah tu, teman tetap jadi guru yang paling muda. boleh kira adik bongsu la kat sekolah tu...jadik keistimewaan pun teman dapat, timbunan ghroje pun teman dapat jugak...cekgu bujang le katekan......kadang2 rasenya baik le mengajo tempat orang, kalau kita tak diingati pun tak le terase sangat. pase kita memang orang luor.

Teman menulih hari ini bukan kerana marah pase nama teman tak ada pada tuan buat blog tu. mungkin tuan blog tu kenal pun idok pada teman. maklum le sekejab je ngajo kat sekolah tu. cuma ade la terasa sayu pase kat mana la teman ni kalo staf sekolah teman sendiri tak mengaku teman ni ahli kumpulan depa. jadi kalau balik ni besok, andai ditakdirkan Allah, teman kene mengajo tempat lain, biar la teman pegi...teman rela menjadi perantau semula. teman rela pinjam loghat kampung lain. daripada mengajo tempat sendiri tapi orang tak taupun. 'Mike sape...?' kalo mengajo di tempat orang memang dah tentu teman orang luor. tak pe rope tu...teman dah biasa.......
Ini le luahan hari seorang perantau yang berpengalaman balik mengajo kampung halaman sendiri, tapi macam rasa ngajo kat tampat orang....harap ade le yang paham....

Sunday, 17 April 2011

TANDA-TANDA KEMATIAN UTK ORG ISLAM

Secara umum pembicaraan mengenai kematian bukan sesuatu yang menyenangkan. Bahkan naluri manusia cenderung ingin hidup seribu tahun. Al-Quran melukiskan keinginan sekelompok manusia untuk hidup selama mungkin dengan firman Allah yang bermaksud:
 
“Dan sesungguhnya kamu akan mendapati mereka seloba-loba manusia kepada kehidupan (di dunia), bahkan (lebih loba lagi) daripada orang- orang musyrik. Masing-masing ingin agar diberi umur seribu tahun, padahal umur panjang itu sekali-kali tidak akan menjauhkannya daripada seksa. Dan Allah mengetahui apa yang mereka kerjakan.”
(Surah Al Baqarah: Ayat 96).

Banyak faktor menyebabkan orang takut kepada kematian. Ada orang takut mati kerana tidak mengetahui apa yang dihadapinya selepas kematian. Mungkin juga kerana mereka berasa apa yang dimiliki sekarang lebih baik daripada yang akan dihadapi nanti. Ada juga kerana membayangkan betapa sulit dan pedihnya pengalaman mati dan sesudah mati. Mungkin juga kerana khuatir memikirkan atau prihatin terhadap keluarga yang ditinggalkan atau kerana tidak mengetahui makna hidup dan mati hingga mereka berasa cemas menghadapi kematian. Dari sini lahirlah pandangan optimis dan pesimis terhadap kematian dan kehidupan.

Melalui pengalamannya, manusia tidak mampu mengetahui hakikat kematian kerana ia satu daripada persoalan ghaib paling besar.

Al-Quran menilai kematian sebagai musibah malapetaka. Istilah itu lebih banyak ditujukan kepada manusia yang durhaka. Kematian adalah musibah bagi orang yang mati tanpa membawa bekalan yang cukup untuk kehidupan akhirat.

Kematian juga dikemukakan al-Quran dalam konteks menghuraikan nikmat Allah kepada manusia. Dalam surah Al Baqarah ayat 28 Allah bertanya kepada orang kafir:

“Bagaimana kamu mengingkari (Allah) sedangkan kamu tadinya mati kemudian dihidupkan (oleh-Nya) kemudian kamu dimatikan dan dihidupkan-Nya kembali, kemudian kamu dikembalikan kepada-Nya.”
(Surah Al Baqarah: Ayat 28).


Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulama' adalah benar dan wujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulullah SAW sendiri diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali Rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya.

Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.  Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah SWT, nyawa mereka ini akan terus direntap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT, Penguasa sekalian alam..

adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan:

TANDA 100 HARI SEBELUM MATI
ini adalah tanda pertama dari allah swt kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. walaubagaimanapun semua orang islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu asar. seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti  kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI SEBELUM MATI
tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu asar. bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas arash allah swt. maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI SEBELUM MATI
adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI SEBELUM MATI
pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI SEBELUM MATI
akan berlaku sesudah waktu asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu asar keesokan harinya.

 TANDA AKHIR
akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada allah swt yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Kematian adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan oleh manusia. Apa pun cara yang dilakukan, kematian akan tetap menghampirinya. Sekukuh manapun sebuah bangunan, kalau sudah sampai waktunya, ia pasti runtuh juga.

Tidak ada cara untuk menghadapinya, selain kepasrahan. Itulah ketentuan yang sudah ditetapkan untuk setiap manusia. Lalu berhentilah berlari dari kematian. Di mana-mana pun kita bersembunyi atau sejauh manapun kita lari, kalau sudah tiba masanya, malaikat maut pasti berjumpa denganmu. kematian pasti menjemput. Hanya ada satu kunci menghadapi kematian. Pasrah menyambut kedatangannya.

Kematian tidak hanya dialami oleh manusia. Binatang dan tumbuh-tumbuhan juga akan merasakan mati, sebagaimana mereka merasakan hidup. Lebih dari itu, makhluk yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia, juga merasai kematian. Itulah jin, iblis, mahupun makhluk setaat malaikat. Semuanya akan mati.

Sebagaimana firman Allah SWT,
''Setiap yang bernyawa akan merasakan mati, kecuali yang mempunyai kemampuan menghidupkan dan mematikan. Dia akan tetap hidup dan selalu hidup, Dialah Allah, Tuhan seluruh alam.''

Menyikapi kenyataan ini, seharusnya manusia mempunyai kesadaran dirinya tidak mempunyai kekuasaan apa pun menghadapi ketentuan Ilahi. Dia hanya makhluk yang lemah, yang harus pasrah dengan kehendak Yang Maha Esa. 

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Yang Maha Pencipta semoga kita adalah di antara orang-orang yang dipilih, yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT Yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Yang Maha Mengampun serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan-Nya, di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Thursday, 7 April 2011

Gambaran Hari Kiamat

Sahabat, belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1. Sedekah/amal jariahnya.
2. Doa anak²nya yang soleh.
3. Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
sumber: Amar Sufi