Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Al-Marhumah Dr. Lo' Lo bt. Hj. Ghazali.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran..."
- Riwayat Ahmad
Antara tanda-tanda kecil tentang tibanya kiamat adalah apabila Allah mematikan para solihin dan ahli2 agama.
Kematian juga dalam ajaran Islam berupa kiamat kecil yang akan dirasai oleh setiap manusia, sama ada dia beriman kepada Allah atau manganut agama lain selain Islam. semua manusia akan menemui ajalnya, cuma masanya sahaja yang menjadi persoalan.
“Setiap manusia akan merasai mati...” (surah al-Anbiya': 35)
Dr Lo' Lo' adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.
Beliau sangat aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008, banyak menumpukan perhatiannya kepada parlimen Tititwangsa, yang dimenanginya, dengan menewaskan calon BN, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi.
Bagaimanapun, pilihan raya kecil tidak akan diadakan kerana tempoh parlimen sudah melepasi tiga tahun.Kerusi Titiwangsa hanya akan diisi apabila pilihan raya umum diadakan.
Jenazah Dr. Lo'lo' akan disembahyangkan pada jam 10.30 pagi di Masjid Al-Akram, Kg. Dato' Keramat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Dato' Keramat.
BIODATA YB. DR. LO’ LO’ DATO HJ. MOHD GHAZALI.
- Tarikh Lahir: 2 Ogos 1957
- Tempat Lahir/ Asal: Kuala Kangsar, Perak
- Pekerjaan: Ahli Parlimen Malaysia ( P119: TITIWANGSA )
LATAR BELAKANG AKADEMIK :
- Sekolah Kebangsaan Jalan Conolly, Ipoh
- Sekolah Raja Perempuan Taayah , Ipoh
- Kolej Islam Klang
- Universiti Kebangsaan Malaysia – Ijazah Pertama ( Kedoktoran)
- Adelaide Alternative medicine & Surgery – Acupunturist
KEGIATAN DALAM PAS :
- AJK Dewan Muslimat PAS Pusat
- Ketua Dewan Muslimat Titiwangsa
- Ketua Pengarah Al-Nisa’
- Ajk Kerja Pas Pusat
- Mewakili parti sebagai Exco Asian Federation Of Muslim Youth.
Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.